Greenback Ideas

Assalamualaikum..

Semalam Lokman ade tegur, better kalau ade satu post yang bagitau ape maksud sebenar 'Greenback Ideas'. Rasenye ramai yang x tau. Aku pun terlupa nak bagitau semua.


'greenback ideas' faham ke maksud die? dengar macam pogram menghijaukan semula Kuala Lumpur kan? hahaha..mase 1st time aku jumpe perkataan ni, aku tergelak,seriously, aku sendiri ingat ade kene mengene dengan alam sekitar..

perkataan greenback ni dicadangkan oleh Hadzray, die yang ajar aku buat blog. Greenback boleh disinonimkan dengan duit. Disebabkan duit kertas Amerika Syarikat bewarna hijau, warna hijau sering dikaitkan dengan duit. Pernah tengok duit kertas USD? Meh aku tunjuk satu, tapi jangan ambik pulak.


duit kertas 1 USD


'Idea' perkataan idea ni aku guna sebab ia berkenaan cadangan atau pemikiran yang terus menjurus kepada minda yang berfikir. Blog ini menekankan tentang knowledge, di mana knowledge memerlukan minda yang terbuka untuk diterima dan difahami.

'Greenback Ideas' adalah gabungan perkataan yang hampir sinonim dengan FiNanCial Kn0wLedGe. FiNanCial Kn0wLedGe pula merupakan topik utama yang di bincangkan dalam blog ni.
 
FiNanCial Kn0wLedGe bukan sahaja untuk mereka yang terlibat dalam dunia bisnes


FiNanCial Kn0wLedGe dapat membantu kita menstabilkan kewangan kita walau apa pun pekerjaan kita. Ramai yang berpendapat bahawa subjek ini sepatutnya di ajar di sekolah bagi mengelakkan krisis ekonomi negara yang teruk. Sekiranya rakyat sesebuah negara itu mempunyai FiNanCial Kn0wLedGe yang bagus, kedudukan kewangan negara tersebut akan menjadi lebih baik.

Diharap agar pembaca tidak segan silu untuk berkongsi pengetahuan & pengalaman yang ada.
InsyaAllah..
 

0 Idea: