Need H2O~

Assalamualaikum,

           Hari ni aku nak berceghite lagi,aku memang suke sangat bercghite & suke gak dengar ceghite. Ceghite kali ini aku dapat dari Micheal. Patut aku pegi Bukit Jalil petang tadi,jumpe Micheal, nak main Cashflow game. Kalau sape-sape tau pasal game ni, rase nak main, bole btau aku, kite g main kat office Micheal. Kalu sape yang x tau, nanti aku akan buat satu post untuk introduce game nih. Ok la, nak mule berceghite.

     Suatu masa dahulu, di dalam sebuah negeri, terdapat sebuah perkampungan yang baru di bina. Tetapi, perkampungan ini mempunyai satu masalah, ketiadaan sumber air. Untuk menyelesaikan masalah ini, ketua kampung telah membuka peluang kepada sesiapa yang dapat membawa air ke kampung tersebut, ganjaran berupa wang akan diberi mengikut jumlah air yang dibekalkan.

   X lama kemudian, dua orang pemuda datang berjumpa ketua kampung tersebut memberitahu bahawa mereka boleh membekalkan air kepada kampung tersebut. Dua orang pemuda ini diberi kepercayaan untuk membekalkan air kepada kampung tersebut. Kedua-dua mereka tahu, nu jauh di suatu tempat, terdapat sebuah tasik yang dipenuhi air dan dari situlah mereka akan mengambil air untuk dibekalkan pada kampung tersebut.

   Pemuda pertama membawa kereta kuda dan berulang alik mengambil air setiap hari dari tasik ke kampung tersebut. Setiap kali dia membawa air kepada kampung tersebut, dia terus dibayar upah mengikut jumlah air yang di bawa. 

  Pemuda kedua pula tidak terus membawa air seperti yang dilakukan pemuda pertama. Dia mengambil alternatif membuat sistem saliran yang menghubungkan tasik dan kampung tersebut. Dia tidak mendapat wang dengan berbuat begitu, malahan, banyak wang perlu dihabiskan untuk mengupah orang dan sebagainya.

   Selama dua tahun, pemuda pertama mengaut keuntungan dengan membawa air setiap hari. Pemuda kedua pula sibuk menyiapkan saliran yang telah dirancang. Selepas dua tahun, saliran tersebut siap dan pemuda kedua dapat membekalkan air kepada kampung tersebut. 



  Sistem saliran tersebut dapat membekalkan air kepada penduduk kampung  dengan jumlah yang sangat banyak. Dalam masa 3 hari sahaja, jumlah air yang dibekalkan adalah sama dengan jumlah air yang dibekalkan oleh pemuda pertama dalam masa 2 tahun. Pemuda pertama telah hilang sumber pendapatan. Pemuda kedua yang seakan-akan rugi pada awalnya, menjadi kaya - raya.

   Perbezaan yang jelas dapat dilihat antara kedua-dua pemuda ini. Seorang hanya melihat duit pada masa tersebut, dia bekerja untuk duit dan memang die dapat duit setiap kali die hantar air. Seorang lagi BERFIKIR, bagaimana caranya beliau dapat membekalkan air yang banyak dan berterusan kepada penduduk kampung.

"Thinking is the hardest work there is. That is why so few people engage in it" - Henry Ford-

  Banyak lagi pengajaran yang dapat dilihat dalam cerita ini, harap pembaca dapat melihatnya sendiri dan lebih baik lagi, berkongsi dengan saya. Apa yang anda nampak mungkin tidak dapat dilihat oleh saya. InsyaAllah.

 Wassalam.. 









Rich Dad, Poor Dad

Assalamualaikum..
     
        Hari ni, aku nak tunjuk 1 buku yang telah mengubah hidup aku n michael. Buku ini di tulis oleh sifu kami iaitu, x lain dan x bukan, Mr. Robert Kiyosaki dan dibantu oleh kawan baik beliau, Sharon Lechter.

Rich Dad, Poor Dad


Rich Dad, Poor Dad mengisahkan tentang perbezaan hidup, pendapat dan pemikiran antara dua orang ayah Robert Kiyosaki. Seorang ayah beliau gelarkan sebagai Bapa Miskin (poor dad) dan seorang lagi adalah Bapa Kaya (rich dad). Di dalam buku ini, kita akan mendapat gambaran menyeluruh terhadap situasi sebenar yang berlaku di sekeliling kita.

     Situasi yang dimaksudkan semestinya adalah situasi kewangan. Kenapa Ramai orang yang dibebani masalah kewangan? Kenapa terdapat jurang di antara orang kaya dan orang miskin? Apa yang diperlukan untuk bebas dari masalah kewangan? Adakah apa yang saya lakukan hari ini akan menjamin masa depan saya? Semuanya akan terjawab selepas membaca buku ini dan buku2 lain hasil usaha sifu Robert.

BUKU INI TIDAK MENDIDIK ANDA MENJADI KAYA!

 Buku ini tidak mendidik anda menjadi kaya, ia hanya memberi IDEA tentang pengurusan kewangan serta seba sedikit perancangan masa hadapan untuk mengelakkan masyarakat terjerumus ke dalam masalah kewangan yang teruk. Saya sangat menyarankan buku ini kepada anda yang inginkan perubahan dalam hidup. Selepas habis membaca buku ini, anda boleh terus membaca buku-buku lain di dalam Rich Dad series.


Harga Buku ini tidak mahal, kalau nak jimat, beli yang kecik, arge die cume RM35.90 dan boleh di dapati di hampir semua kedai buku sepert Popular, MPH, kinokuniya dan Borders. Kalau da bace buku ni nanti, bole la bertukar-tukar idea dengan saya dan sesiapa lagi yang dah khatam buku nih. Biasenye, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza terhadap input yang disampaikan oleh Robert. 

okeng, sampai di sini sahaja coretan kali ini (aceceh..ngahahaha)..


Wassalam..

Jom Kita Menyimpan

Assalamualaikum..
       Hari ni, aku nak kongsi satu pogram yang sangat menarik..huhu, SIMPAN CHALLENGE (SC). Pogram ni memang menarik dan bagus untuk memupuk budaya menyimpan di dalam diri kita. SC merupakan pogram anjuran Abang Abu (Singapura) dan Dr. Irfan Khairi (jutawan internet). Aku dapat tau pogram ni pun dari rakan seperjuangan aku, Abu Ubaidah ( abuubaidah89.blogspot.com ) thanks to him n praise to Allah, pogram ni memang sangat dinantikan oleh aku.

      Sesuatu yang aku belajar dari kesilapan adalah,


It's not about how much you made, 
It's how much you can KEEP!
- Rich Dad


   Dalam setahun yang lepas, aku da berjaya mencapai pendapatan 4 angka sebulan, untuk student yang umur pun baru 20,pendapatan tu da di kire lumayan. Tetapi, saya tidak pernah menyimpan walau sesen pun di dalam bank. Malahan menambah LIABILITI dan langsung tidak berusaha menambah ASET. Setelah selesa menghabiskan hasil pendapatan tersebut, Bisnes yang aku jalankan menghadapi masalah. Sumber pendapatan aku pun tersekat.

    Bayangkan anda telah terbiasa hidup dengan duit yang banyak setiap bulan, tiba-tiba, pendapatan anda tersekat? Memang terduduk saya ketika itu. Nak bayar sewa rumah (Liabiliti), duit minyak kereta (Liabiliti), broadband (Liabiliti). Segala jenis liabiliti perlu ditanggung. Arghh..

   Lepas kejadian ni, baru lah terbaca pasal menyimpan dalam buku Robert. Lepas tu, ade terdengar temubual dalam radio BERNAMA bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Dalam temubual tu, ade dinyatakan bahawa "kita harus menyimpan di dalam akaun bank kita sekurang - kurangnya 6 bulan jumlah pendapatan bulanan kita". Nilai ini sangat relevan dan temubual ni sangat-sangat menyedarkan aku.

"kita harus menyimpan di dalam akaun bank kita sekurang - kurangnya 6 bulan jumlah pendapatan bulanan kita" - AKPK





   Aku baru bace camne nak register SC ni kat laman web www.irfankhairi.com tadi. Esok nak transfer RM10 (yuran pendaftaran) kat die. Yuran akan dipulangkan di penghujung pogram. Ni kire duit komitmen je la..huhu..RM10 je pon.


Di harap lebih ramai dapat sertai SC ni, InsyaAllah..Wassalam