Greenback Ideas

Assalamualaikum..

Semalam Lokman ade tegur, better kalau ade satu post yang bagitau ape maksud sebenar 'Greenback Ideas'. Rasenye ramai yang x tau. Aku pun terlupa nak bagitau semua.


'greenback ideas' faham ke maksud die? dengar macam pogram menghijaukan semula Kuala Lumpur kan? hahaha..mase 1st time aku jumpe perkataan ni, aku tergelak,seriously, aku sendiri ingat ade kene mengene dengan alam sekitar..

perkataan greenback ni dicadangkan oleh Hadzray, die yang ajar aku buat blog. Greenback boleh disinonimkan dengan duit. Disebabkan duit kertas Amerika Syarikat bewarna hijau, warna hijau sering dikaitkan dengan duit. Pernah tengok duit kertas USD? Meh aku tunjuk satu, tapi jangan ambik pulak.


duit kertas 1 USD


'Idea' perkataan idea ni aku guna sebab ia berkenaan cadangan atau pemikiran yang terus menjurus kepada minda yang berfikir. Blog ini menekankan tentang knowledge, di mana knowledge memerlukan minda yang terbuka untuk diterima dan difahami.

'Greenback Ideas' adalah gabungan perkataan yang hampir sinonim dengan FiNanCial Kn0wLedGe. FiNanCial Kn0wLedGe pula merupakan topik utama yang di bincangkan dalam blog ni.
 
FiNanCial Kn0wLedGe bukan sahaja untuk mereka yang terlibat dalam dunia bisnes


FiNanCial Kn0wLedGe dapat membantu kita menstabilkan kewangan kita walau apa pun pekerjaan kita. Ramai yang berpendapat bahawa subjek ini sepatutnya di ajar di sekolah bagi mengelakkan krisis ekonomi negara yang teruk. Sekiranya rakyat sesebuah negara itu mempunyai FiNanCial Kn0wLedGe yang bagus, kedudukan kewangan negara tersebut akan menjadi lebih baik.

Diharap agar pembaca tidak segan silu untuk berkongsi pengetahuan & pengalaman yang ada.
InsyaAllah..
 

Aset vs Liabiliti....

Assalamualaikum, Aset & Liabiliti ni antara topik utama di dalam financial education..

ada suatu cerita berkenaan Aset vs Liabiliti ni,blaku tahun lepas..
' hari 2, aku nak pergi smtkl, lawat adik kat sane. Turun dari bas, terus tahan teksi, malas nak jalan. Macam biasa, iklan bisnes aku sentiasa ada dalam beg.Sampai ke destinasi, aku nak tinggalkan iklan dalam teksi tu..

"pak cik, ni iklan bisnes yang saye buat skarang ni, klau berminat, nombor saye ade kat sini.."


"Da la tu dik, pak cik da serik dengan bende-bende ni! kalau setakat Mercedes tu Pak Cik da rase dik! Dah-dah, amek la iklan tu, pak cik X nak dengar ape-ape lagi!" 

Aku pun beredar turun dari teksi, hati pula tertawa sinis'  

Ok, tamat suda brcerita..subjek aset & liabiliti ni,budak perakaunan yang belajar..kalau nak tau maksud sebenar perkataan ni,korang leh tanye student perakaunan..

Dalam bahasa yang mudahnya.. Aset = Bende yang bawak DuIt MASUK ke dalam poket anda & LiAbiLiti = Bende yang amik DuIt KELUAR dari poket anda..

Untuk memudahkan lagi, biar aku bagi contoh. Katekan anda ada kereta, kereta tu anda perlu bayar bulan-bulan..DUIT KELUAR dari poket setiap bulan..maksudnye,kereta adalah LIABILITI anda..
Katekan lagi, anda ade rumah yang disewakan, DUIT sewa MASUK dalam poket setiap bulan, Jadi rumah adalah ASET anda..

Simple X? Untuk kite mengukuhkan kedudukan kewangan (financial) kita, kita perlu:
 

MENAMBAH ASET & MENGURANGKAN LIABILITI.. 

Masalah Pak Cik tadi ni adalah, Die ada bisnes (Pernah Ade) dan pada masa yang sama dia ada Mercedes pewitt..mercedes tu! (pun pernah ada jugak). Maksudnya, dia ada Aset iaitu Bisnes & Liabiliti sebuah Mercedes, masalahnye adalah..LIABILITI LEBIH BESAR DARI ASET, duit lagi banyak keluar dari masuk..Sebab tu die tewas,ni sebab lack of FiNanCial KnowlEdgE..


Jangan set dalam minda anda bahawa " ORANG BAWAK MERCEDES TU KAYA".. 
sama sekali tidak.. 

DUIT TAK MEMBUATKAN KITA KAYA!
Duit x pernah membuatkan kita kaya, Duit sejuta boleh habis dalam sehari..bak kate Robert 
"Its Business Skills that make YOU RICH..."  

 
Sekarang, cuba renungkan..adakah handphone anda, lap top anda, motor/kereta anda..yang mana satu merupakan aset dan yang mana satu merupakan liabiliti? Apakah aset yang anda punyai hari ini? dan apakah aset yang anda ingin punyai esok hari?


 ASET BOLEH JADI LIABILITI DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA..

Gunakan ASET terbesar dalam diri anda untuk memikirkannya..apakah Aset terbesar itu? Ia ada di dalam kepala anda..

Sekian saja untuk kali ni, kalau nak tahu lebih lanjut tentang ASET & LIABILITI, boleh buat kelas informal ngan aku kat mane-mane outlet IRC..hehe..
Wassalam...
 

FiNanCiaL EduCaTioN?


Heh..Financial education..sejak SeTahun lepas,2 perkataan ni asyik bermain dalam fikiran aku..korang faham ape maksud 2 perkataan ni? kalau dalam bahase Melayu maksudnye, pendidikan kewangan...

PendiDikan KewAngaN..
bagi aku, ni la jenis pendidikan yang paling penting kalau kite nak hidup senang kat dunia ni?
ade je orang blajar tinggi2 tapi nak rase duit sejuta dalam akaun 2 punye payah..biasenye x penah pown...
tapi ade jugak,org x habis blaja..tapi duit dalam akaun berjuta-juta..siap jadi orang terkaye kat dunia lagi..huhu..
meh aku bagi 2 name yang aku memang respek giler..blajar x habis,skarang BiLLioNNaire!!!korang mesti kenal salah sorang dari dowang nih:

1. Micheal Dell - Dell founder
2. Bill Gates - Microsoft founder

dowang ni,blajar memang x habis..tapi.ape yang menyebabkan dowang dapat mencipta kekayaan yang jao melangkaui para doktor,lawyer,akauntan yang blajar sampai 5-6 tahun? Ni semua berkenaan dengan FiNanCial EduCation..
Dalam blog ni, aku harap dapat bkongsi dengan pembaca,tentang PeNgeTahuan, PeNgalamAn serta PeNdapAT mengenai subjek nih..
Semoga ia dapat membantu kita semua dalam mengecapi kejayaan hidup di dunia & seterusnya diakhirat.. InsyaAllah..