LOSE=LEARN? (usah putus asa)


Assalamualaikum
Post kali ni sebenarnye dari blog aku yang lame. Tetibe rase nak share ngn korang. Harap korang leh dapat sesuatu dari post kali ni.

Aku yakin, ramai yang pernah mendengar lagu 'I'm Yours' nyanyian Jason Mraz..
Lagu yang enak didengar malahan aku sendiri adalah peminat lagu tersebut..
Aku sangat tertarik dengan serangkap ayat di dalam lagu ini berbunyi

"Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some"


Apa yang menarik di sini?
Di dalam ayat terakhir, dia boleh menggunakan perkataan "win some or lose some"
tetapi lose di sini tidak digunakan tetapi diganti dengan LEARN?
Kenapa agaknya?

Di dalam buku "Dare to Fail" karya Billi P.S Lim ada serangkap ayat lagi iaitu

"sometimes we win, sometimes we learn"

Kenapa tidak guna LOSE? bukankah lawan bagi WIN adalah LOSE?
Ini kerana perkataan ini terlalu negatif dan tidak sesuai digunakan oleh orang yang ingin mencapai kejayaan.

Kegagalan adalah anak tangga menuju kejayaan
Mungkin anda tidak sedar, sebelum anda belajar untuk berjalan, anda hanya pandai merangkak, di dalam tempoh anda belajar berjalan, anda telah jatuh & bangun semula berulang kali sehingga anda dapat berjalan dengan baik seperti hari ini. Jika dulu anda boleh melakukannya kenapa tidak sekarang? 
Kegagalan sebenar adalah apabila kita BERHENTI mencuba

Jadi ingatlah semua, kegagalan bukan penghalang kejayaan. Tetapi ia adalah salah satu dari anak tangga yang akan membawa kita ke puncak kejayaan. Lagi banyak anak tangga yang kita lalui, semakin dekatlah kita dengan puncak kejayaan. Yang penting adalah kita tidak berhenti mencuba dan berusaha.

Salah seorang pemain handalan bola sepak Amerika pernah berkata.

"Menang beerti tidak takut kepada kekalahan"

Sekian saja untuk kali ini,.
Wassalam..

5 Idea:

keme said...

post yg ni mmg inspire

Suhaimi Muaz Yaid (Jutawan Muda) said...
This comment has been removed by the author.
bella aziz said...

mekaseh...i'll learn then..
:)

Nunazama said...

setuju...this one mmg inspire...lagipun this one ive heard from u depan2...

Suhaimi Muaz Yaid (Jutawan Muda) said...

thanks,bagi aku, ni antara aspek yg penting dalam menghadapi dugaan hidup..harap dapat membantu semua.. insyaAllah..