Need H2O~

Assalamualaikum,

           Hari ni aku nak berceghite lagi,aku memang suke sangat bercghite & suke gak dengar ceghite. Ceghite kali ini aku dapat dari Micheal. Patut aku pegi Bukit Jalil petang tadi,jumpe Micheal, nak main Cashflow game. Kalau sape-sape tau pasal game ni, rase nak main, bole btau aku, kite g main kat office Micheal. Kalu sape yang x tau, nanti aku akan buat satu post untuk introduce game nih. Ok la, nak mule berceghite.

     Suatu masa dahulu, di dalam sebuah negeri, terdapat sebuah perkampungan yang baru di bina. Tetapi, perkampungan ini mempunyai satu masalah, ketiadaan sumber air. Untuk menyelesaikan masalah ini, ketua kampung telah membuka peluang kepada sesiapa yang dapat membawa air ke kampung tersebut, ganjaran berupa wang akan diberi mengikut jumlah air yang dibekalkan.

   X lama kemudian, dua orang pemuda datang berjumpa ketua kampung tersebut memberitahu bahawa mereka boleh membekalkan air kepada kampung tersebut. Dua orang pemuda ini diberi kepercayaan untuk membekalkan air kepada kampung tersebut. Kedua-dua mereka tahu, nu jauh di suatu tempat, terdapat sebuah tasik yang dipenuhi air dan dari situlah mereka akan mengambil air untuk dibekalkan pada kampung tersebut.

   Pemuda pertama membawa kereta kuda dan berulang alik mengambil air setiap hari dari tasik ke kampung tersebut. Setiap kali dia membawa air kepada kampung tersebut, dia terus dibayar upah mengikut jumlah air yang di bawa. 

  Pemuda kedua pula tidak terus membawa air seperti yang dilakukan pemuda pertama. Dia mengambil alternatif membuat sistem saliran yang menghubungkan tasik dan kampung tersebut. Dia tidak mendapat wang dengan berbuat begitu, malahan, banyak wang perlu dihabiskan untuk mengupah orang dan sebagainya.

   Selama dua tahun, pemuda pertama mengaut keuntungan dengan membawa air setiap hari. Pemuda kedua pula sibuk menyiapkan saliran yang telah dirancang. Selepas dua tahun, saliran tersebut siap dan pemuda kedua dapat membekalkan air kepada kampung tersebut. 



  Sistem saliran tersebut dapat membekalkan air kepada penduduk kampung  dengan jumlah yang sangat banyak. Dalam masa 3 hari sahaja, jumlah air yang dibekalkan adalah sama dengan jumlah air yang dibekalkan oleh pemuda pertama dalam masa 2 tahun. Pemuda pertama telah hilang sumber pendapatan. Pemuda kedua yang seakan-akan rugi pada awalnya, menjadi kaya - raya.

   Perbezaan yang jelas dapat dilihat antara kedua-dua pemuda ini. Seorang hanya melihat duit pada masa tersebut, dia bekerja untuk duit dan memang die dapat duit setiap kali die hantar air. Seorang lagi BERFIKIR, bagaimana caranya beliau dapat membekalkan air yang banyak dan berterusan kepada penduduk kampung.

"Thinking is the hardest work there is. That is why so few people engage in it" - Henry Ford-

  Banyak lagi pengajaran yang dapat dilihat dalam cerita ini, harap pembaca dapat melihatnya sendiri dan lebih baik lagi, berkongsi dengan saya. Apa yang anda nampak mungkin tidak dapat dilihat oleh saya. InsyaAllah.

 Wassalam.. 









2 Idea:

safwanah said...
This comment has been removed by the author.
safwanah said...

suke post ni..
applikasi yg sme bile jwb soklan exam...
THINK first what the question ask, and THINK what kind of answer give you maximum/full marks..

:D