Thomas Edison..disebalik tabir

Assalamualaikum..
         Alhamdulillah, semalam aku dapat lagi ilmu baru. I love knowledge!! lagi - lagi financial knowledge. Semalam aku pergi office Micheal kat Bukit Jalil. Micheal is like my best friend. Baru kenal 3 bulan, tapi macam da kenal bertahun - tahun lamenye. Aku ngan Micheal ade sifu yang same..Robert Kiyosaki. Post hari ni pun aku dapat dari buku die yang aku pinjam kat Micheal, " The Business School". Buku ni sesuai untuk network markerters.Ni adelah ceghite disebalik orang yg tidak asing lagi di dalam dunia ni,  Thomas Edison, pencipta lampu mentol yang menerangi berjuta-juta rumah di seluruh dunia!

       Thomas Edison, telah dibuang dari sekolah sebab cikgu die ingat die ni x cukup pandai untuk berjaya dalam pelajaran. Lepas tu, die bekerja sebagai penjual makanan ringan ngan majalah kat tepi jalan. Die berniaga sampai suatu tahap, die pulak yang upah orang untuk jual makanan ringan ngan majalah die. Thomas Edison pada masa tu masih lagi seorang remaja, die da pun menjadi seorang usahawan. 

     Terkejut x? Dulu, aku ingat, Thomas Edison ni, belajar sampai PhD. Rupe-rupenye, kene buang sekolah. Memang terkejut dan kagum bile tahu ceghite sebenar. Tapi, ceghite x tamat di sini.

      Lama kelamaan,Edison bosan dengan bisnes jual makanan ringan dan majalah. Lalu die pun belaja camne nak hantar dan terima kod Morse. Pada sesiapa yang x tahu kod Morse tu ape, kod Morse adalah cara komunikasi zaman dahulu yang dicipta oleh Samuel F. B. Morse pada 1836. Edison akhirnya bekerja sebagai operator telegraf. Dari kedua - dua pengalaman hidup ini, Edison mendapat sesuatu yang menjadikan die seorang usahawan dan pencipta yang berjaya dan kaya - raya.

    Bagaimana agaknya kedua  - dua pengalaman ni berkaitan dengan kejayaan Edison? Sebagai seorang usahawan, Edison melihat sistem telegraf yang dicipta Morse merupakan gabungan beberapa unsur yang penting dan berfungsi dengan baik. Unsur - unsur tersebut terdiri dari talian,  sistem penyampaian, dan orang - orang yang terlatih. Rahsia kejayaan sistem Morse ini terletak pada sistem tersebut.

   Sebenarnya, ramai lagi yang pernah mencipta mentol, tetapi mentol tersebut x dapat tahan lame. Ini kerana, tiada diantara mereka yang menemui sistem rangkaian Elektrik. Edison sebagai seorang usahawan menyedari akan keperluan sistem ini. 

Mentol tersebut x berguna tanpa sistem rangkaian Elektrik

  Selain mencipta lampu mentol, Edison juga adalah pengasas "General Electric" bersama - sama, Elihu Thomson ( electrical engineer) & Edwin J. Houston (electrical engineer), yang membekalkan kuasa elektrik kepada penduduk di New York dan masih lagi wujud sehingga hari ini. Edison bukan sahaja kaya hasil menjual mentol yang diciptanya, malah juga mendapat loyalti dari syarikat yang membekalkan elekrik untuk menyalakan mentol tersebut. 

Kesimpulan yang dapat kita lihat dari cerita ni adalah, Thomas Edison berjaya bukan dari hasil mencipta mentol, Edison melihat gambaran besar masalah yang dihadapi oleh pencipta mentol terdahulu - ketiadaan sistem rangkaian elektrik - dan menyelesaikan masalah tersebut. 

 Untuk berjaya, kita perlu melihat gambaran sebenar tentang segala masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian yang terbaik dan berbincang dengan pakar. Edison bukan seorang 'Engineer', tetapi beliau menggunakan bantuan dua 'Electrical Engineer' untuk menyelesaikan masalah.


Edison hanya mempunyai IDEA dan menjadikan ia kenyataan!!!


Sekian sahaja, harap pembaca dapat sesuatu dari post kali ini. Mintak maaf x dapat ulas panjang. Kalau ade dapat ape - ape idea dari ceghite ni, jangan segan silu untuk berkongsi dengan saya. InsyaAllah...

1 Idea:

Suhaimi Muaz Yaid (Jutawan Muda) said...

Salam,aku edit post ni sebab ade yang anta komen kat YM kate cerita b4 this x lengkap. Hope sume dapat something lepas baca =D